Thursday, July 23, 2009

Jiwa bergelora bila melihat ini...

Guys.. help me. i want this. i REALLY want this, and i want it NOW.

SPECTRA 3 ELECTRIC BREAST PUMP
(Aaaaa!!! Tengok gambar pun dah excited!)

Kalau boleh, skrg jugak nak beli online. But it's not that easy. Bukan sebab susah nak dapat di pasaran, tapi...

Saya dah ada breast pump. Bukan satu.. tapi DUA! isk! Tapi sebelum anda kata saya tamak, bagi can saya explain dulu.

Ni pump no. 1 saya beli lepas lahirkan Nafis.

Pigeon Premium Manual Breast Pump. Harga tak ingat la berapa, rasanya RM150+. Masa beli ni takde ilmu langsung pasal bf, pakai beli je kat jusco sebab nak cuba. Pam ni cuma pakai beberapa kali sebab tak tahan tangan LENGUH GILE! Nak nangis tiap kali mengepam, dapat susu ciput pulak. Pastu beli pam lagi satu.
Medela Mini Electric Breast Pump. This thing cost about RM400+. Fuh, lega dapat guna pam elektrik, hilang masalah tangan lenguh. Susu pun keluar lebih banyak. TAPI (ada jugak tapi) bunyinya bising yang amat! Macam bunyi pemotong rumput pun ada. Kiranya kalau pam dalam bilik, semua orang kat luar boleh dengar.

Apparently this pump is for short term and occasional use only. Even Medela sendiri tak recommend untuk daily use. Since skrg saya plan nak exclusive bf, kena pam setiap 3 jam, each breast 15 minutes plak so memang tak praktikal guna Mini Electric ni.

Jadi, kenapa Spectra3?

Saya dah baca banyak review pengguna pam ni dan hampir semuanya sangat berpuas hati.
  1. Durable - pam elektrik standard hospital. Sesuai untuk kegunaan harian.
  2. Dual pumping action - maksudnya boleh pam both breast serentak. Kalau sehari pam 3 kali, bukan ke boleh save 45 minit? That make lots of difference.
  3. Very quiet - faktor jatuh cinta. Malu la satu ofis dengar tiap kali pam susu. Lagi2 skrg ramai pulak anak teruna kat ofis ni.
  4. Portable - boleh guna dalam kereta sebab ada car adaptor. Bagus betul...
Senang cakap, serba-serbi sempurna la. Bersemangat nak pam susu. (Bayangkan lepas ni kena bangun malam untuk susukan anak DAN pam susu?) Kalau la boleh dapat set ni, laaaagi bagus :)

Spectra3 complete with travel bag, cooler bag, ice packs,
10 storage bottles, extra shield for double pumping.

Ongkosnya? RM610. Gulp. Campur in-car power inverter RM99 = RM700. Gulp dua kali.

Hari tu my mom ada offer nak belikan breast pump since i mention to her nak exclusive bf. Tapi pam ni mahal gile, tak sanggup kalau org belikan. So saya cakap kat dia "Dah ada pam lama, thanks ummi" (padahal dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa saya mahu... isk!)

Dan masalah saya paling besar, kalau la Shah tau saya tengah merancang nak beli pam ni, mesti dia bising! "Macam tak cukup2. Dah ada 2 pam, nak beli lagi. Lepas ni ada keluar pam model baru, nak beli yang tu pulak." Terngiang2 dia nak cakap apa, padahal belum bagitau dia lagi. I knew him too well, dah boleh agak dia nak cakap apa. Tak sanggup menghadapi, takut sendiri patah hati.

Dah la baru malam tadi dia mencadangkan saya deliver kat hospital kerajaan sebab nak save cost (eh, sampai hati awak eh?) Ni lagi nak beli pam baru pulak.

Ikutkan boleh je beli senyap2. Duit sendiri pun kan? Tapi kalau suami tak restu, tak berkat pulak. Aduh :(

Huwwwwaaaa!! Camane ni??? Due dah tak lama lagi. Sob sob *dilemma*

14 comments:

jannahrais said...

Kak..akak explain la niat suci akak tu kat hubby..mmg la dh ade 2 tp yg dulu tu beli tanpe pengetahuan yg luas..la ni dh ade pengalaman,so yg ke 3 ni la pam yg tebaik..pastu akak sogok suami akak testi para ibu yg gune spectra3 ni..mahal skit xpe tp pcaye la, gud investment 4 mom n baby..

Azury said...

Hehe.. memang betul cakap jannah - niat akak ni suci :) Minta2 Allah permudahkan, amin!

uja said...

ala zury.cam nak nangis je baca post zury nih. tatau la nk advise psl pump. apa-apa pam pun doa utk zury dipermudahkan dpt xclussive bf!ameen.. sob..sob.. (my hubby is away so emo skit..;p)

aisyah said...

go go azury!

alaaa.. ko trap je time he cant say no.. hahah

aku sokong weh bf 100%, legh cegah byk penyakit time baby. insyaAllah la..;) good luck weh~

JaNnAh said...

u go girl! goda2 la encik shah tu..

napish said...

Azury, FYI Kak Komik kakak ipar Lenot kan org kuat susuibu.com...go get discount from her!!!!dulu aku beli spectra3 dpd dia and dapt discount yg dia x bg dekat normal buyer...hahahaha. Spectra aku skang adik ipar aku guna..if x de org guna aku dah pass je kat kau weh...x pe..nnt aku tolong tny lenot camne eh

Azury said...

uja - comel la uja ni, emo plak dia :) tq for the doa, amin.

ecah - kau kenal la shah, bukan makan pujuk rayu. Pagi tadi aku macam dah nak cakap, tapi tak jadi sebab nervous. haha, dgn laki sendiri pun nak nervous :p

jannah - nak goda la ni. Tapi kalau aku melentok2 kat katil dah tak seksi dah skrg, perut besar. keh keh!

noori - haaa.. kau pun guna spectra eh? Aku pun ingat nak order kat kak komik. Nak call lenot nanti.

btw, kau rasa spectra ni mmg worth ke beli?

justme said...

salaam kak azury, =]

nazirah here, hehe, been reading ur blog for quite some time. enjoyed reading ur entries, so..keep it coming =]. ( esp ttg anak2 akak yg cute2 tuh ;])

tergerak nak share my 2 cents regarding this matter. Naz pun baru beranak sulung, and trying exclusive bf. Bought pump manual Avent Philips. Bagus pump nih, cuma yelah manual..so tgn keja kuat sket.

Baru seminggu beli Spectra3 (setelah melihat keberjayaan fatih dlm mengepam hehe). mAsih terhegeh2lagi, tp improving. Mula2 suami agak sceptical ( sbb dia tgk mother dia pam pakai tgn jek dulu), tp after seeing tht kita ni seriyes nak bf fully, dia agree utk belikan.

cdgn naz, try gi website nih, harga lebih cheaper, enjoybreastfeed.com dan littlewhiz.com. Lg satu, takpyh beli the whole thing lg pun ok kot, sbb cuti pantang kita kat rumah, cooler bag+car adapter boleh beli later kalau nak.

hehe, terpjglah plak. InshaAllah...semoga semuanya selamat. good luck with your breastfeeding, ok?TkCare!

@nannoor said...

kita pun terujaaaa dgn pam ni.
kalau compare dgn avent and medela yg double pump, spectra 3 jauh lebih murahhhh.
tak pegnen lagi tak dah pk pasal pum boleh??
hehehe

Azury said...

Nazirah, tenkiu for reading my blog and sharing your bf experience. Akak dah gi website yg nazirah mention tu. Betul la, their price is cheaper! i loike :)

Nannoor, jgn sebut2... tak lama lagi tasneem kompem dapat adik, hua hua!

Salwa.Sha said...

Hai Zury..
Firstly.. Tahniah sbb tekad tuk BF baby... BUkan semua org yakin tuk BF nih..

Kak Sal ada beli spectra 3 ni jugak.. the whole set.. share with hubby.. Mmg kalau tgk harga.. kena pk panjang.. But akak tekad.. nak nyusukan baby.. Yang sulung tak nak susu direct dari breast.. Kena pump baru dia nak.. amat menghampakan.. jadi tuk yang kedua.. akak nak sgt2 BF sepenuhnya...

Mmg best pakai spectra 3 nih.. Berbaloi.. akak siap blh share ngan adik akak yg kebetulan bersalan a few months lepas akak bersalin.. And dia pun suka.. Akak pomot pada biras.. dia pun suka.. hehehe.. Ekonomi and amat memuaskan hati..

Insyallah dear.. Akak yakin.. TUhan akan mempermudahkan segala jalan tuk merealisasikan niat Zury tu...All the best!

p!nkerton said...

kak zury! sorry la kite lambat komen. aritu dah bace tapi tak sempat nak komen lagi (aiseh ni pon nak explen ke ;p)
alala siannye akak.. takut husband tak approve ye.. buat la proposal hehe..
err, to my humble oppinion kan kak, mmg sgt berbaloi beli pump ni tau. especially for working moms. small, portable, fast & quiet. let say kalau akak tanak labur 700 in 1 shot, mebbe akak boleh beli pump je dulu. dah habis pantang baru beli the rest of the accessories.or kalau dah ada beg cantik yg lain that can fits the pump pon boleh guna jugak :)
in my case, saya jarang sgt guna double pumping, sbb mcm leceh sket kena pegang gitu kan. tapi ada sepasang senang sket, boleh spare if apape ;)
tak pon ikut suggestion kak noori tu, kalau dpt harga pemborong mmg jauh lebih murah.
tak pon, akak beli pump je, yg lain2 tu mintak kwn2 kasik as present hihihi :)

noniey said...

susah gak kan.. kalau tak ikut cakap suami, kang dikata derhaka plak.. kalau tak bagitau dia, lagi lah dia mengamuk.. huhuhuhu.. better bagitau je dia dulu.. kalau dia bagi, ok lah kan... kalau tak, terpaksa lah guna yang lama tu.. hehehe

Liz said...

hi kak azury, sama mcm fatih. dah lama baca tp x sempat nak komen.

bg saya, spectra 3 sgt membantu dpt merealisasikan impian nak bf anak buat jangka masa yg lama. knp?

- sbb leh buat double pumping. jd jimat masa. dan boleh tingkat hormon prolaktin dlm 6 bln pertama selepas bersalin. hormon prolaktin yg tinggi boleh menyumbang pd pengeluaran susu ibu buat jangka masa yg lama
- guna electric so xde la penat-penat nak express guna tgn. sambil mengepam, boleh buat kerja. (tp ni kena berlatih beberapa kali br pro.. hehe)
- kalau beli extravaganza set lg bagus sbb COMPLETE. cooler bag sgt sesuai digunakan utk transfer EBM from/to work/house. sesuai jugak utk mereka yg xde peti ais di office. gunakan 3 keping ice packs, boleh tahan 12 jam!
-back pack yg smart n stylo. nmpk bergaya bila pakai. org pun terkejut bila tau tu sbnrnya beg pam susu. diorg akan ingat beg tu beg laptop!
-perkakas spectra 3 senang utk dibersihkan.
-MLO bottle utk BPA free.

ok, rasanya akak pun tau semua ni.

pengalaman sy, masa berhajat nak beli, hubby mcm x bg. xnak belikan. dia mcm x yakin dgn apa yg saya nak buat. saya siap print gambar spectra 3 n lekat kat wardrobe. pun dia pandang sebelah mata je kot. sudahnya, sy beli pakai duit sendiri. depan dia, sy tunjuk yg sy mmg betul2 nak menyusukan anak dgn jayanya. lama2, dia sedar. diam2 mengaku yg berbaloi syaa beli spectra 3. now, dia sgt sokong sy dlm hal nie. kdg2 saja je kenakan dia, "ha, abg hutang liza RM588". hehe.. tu harga masa saya beli dulu.