Saturday, October 31, 2009

Quick update

Hello hello!

Selamat pagi Malaysia :) it's raining outside and i wish i'm still in bed bergelumang di dalam selimut. Tapi ada talk nak kena attend kat pj sekejap lagi so katil itu mesti dilupakan buat seketika.

Di kesempatan yang singkat ini, saya nak update sikit pasal perkembangan anak2 sayang, starting with Sofea.

Sofea dah nak masuk 3 bulan. Minggu ni first time dengar dia ketawa mengekek bila kita angkat dia tinggi2. Sangat comel. Dua minggu lepas dia nangis dah keluar air mata, sebelum tu menangis keluar suara je. Pun sangat comel. Dia dah sangat berat ok 5kg+ lenguh tangan dukung. Tapi saya sangat bangga sebab dia membesar hanya dengan susu saya alhamdulillah :)

Nursofea Si Mata Bulat Muka Square Rambut Kerinting :)

Sofea is still very easy to take care of. Yang penting perut dia kenyang dan mesti burp dia sampai keluar angin (or else dia akan muntah dan tido tak lena). Saya bersyukur sebab dia tak pernah demam walaupun selepas immunization injection.

Sekarang kalau saya pegi kerja, sofea tinggal dengan pengasuh bernama Makcik Som atau sofea panggil Tok. Orang langkawi, tapi dah lama tinggal kat kawasan perumahan ni. Sangat penyayang, caring, experienced jaga baby (anak 4, cucu 6). Sebab tu saya boleh bekerja dgn tenang because i know my daughter is in good hand.

Sofea juga sangat bertuah sebab kakak dania dan abang nafis saaaaaayang sangat kat dia. And they understand that sofea is a little baby so when they're around her, automatically they turn into their 'safe and gentle' mode. Dania dgn nafis bila main sama2 mmg agak kasar, tapi bila dekat dgn adik tiba2 jadi lembut. Asyik kena cium sofea.

Abang, Kakak dan Adik


Saya sayang mereka.

Ok, i have to go now. Bye.

7 comments:

noniey said...

happy family alwaz.. insyaallah

~zeelaque~ said...

comel... (kecuali bapaknya..ahaks)

Umi Nawfal said...

dah besar ye sofea.. comel..

FATEHA said...

byk nye anak awak..i miss them so much! x sbr nk jumpe my new neice sofea=)

Drama Mama said...

comelnya sofea mata bulat!

Aku A-Z-Z-U said...

saya sayang mereka juga. including you :) btw, sofea comel sangatttt! mata bububulat! kem salam pelok ciom utk semua ya? including you, of coz ;*

Mysunshine Gift Shop said...

salam,
Mari sertai Mysunshine Giveaway & RTAR Cloth Diaper Fund, dan anda berpeluang memangi salah satu 'Bento Box Set' ^_^. Bekal makanan comel utk anak anda. Utk menyertai Mysunshine giveaway & cloth diaper fund for RTAR, layari
http://www.mysunshine2u.blogspot.com/

Tujuan giveaway nie adalah utk memperkenalkan Rumah Titian Ashraful Rohaniah kepada masyarakat. Sambil membantu RTAR menjimatkan kos membeli lampin dispo. RTAR mempunyai 3 baby yg masih mengunakan diaper, Ariana 3 bulan, Danial 1 1/2 tahun & Nanda 2 tahun. http://rumahtar.blogspot.com