Latest news: I can no longer fit my baju kurung... hukhuk! Boleh nak pakai tapi kain tak boleh pasang kancing dan zip pun separuh je. Jadi berisiko sama ada kain terlondeh atau ternaik tinggi ke atas. Huduh dan buruks. Dan saya benci baju mengandung yg panjang macam jubah atau dress sebab bila pakai tak sama pun macam angelina jolie. Seluar saya suka tapi utk blouse, limited to long @ 3/4 sleeve dan biarlah menutup punggung sebab bila tengok cermin dah la perut ke depan punggung pulak ke belakang (ye lah takkan punggung ke depan pulak) jadi nampak sungguh tak anggun dan berbukit-bukau. Considering all the above, my choice are obviously quite limited.
Jadi rutin saya setiap pagi, lepas mandi termenung jap depan almari nak pilih baju yg boleh muat. Macam pagi ni tension... rasa nak pakai baju kaler purple tapi takde yg boleh fit. Tidak, saya bukan mengomel sebab tak suka mengandung. Cuma nak bgtau, susah betul nak cari baju mengandung yg cantik ala2 baju MNG hehe. Kalau ada pun mahal nak mamfus padahal nak pakai beberapa bulan je, tak berbaloi ok!
Kesimpulannya: Saya ibu mengandung yang mahu berpakaian cantik tapi sgt berkira untuk berbelanja beli baju mengandung.
Tapi kan, last month beli maternity skinny jeans kat Motherclub, gambar seperti di bawah:

Pakai seluar ni terasa cun ok. Dah nama pun skinny jeans kan jadi perasan la kurus sket drpd biasa. Spent RM139.00 for it, and that's expensive for me sebab tambah sket lagi boleh dpt Levi's ke, Guess ke, ni Motherclub?? Ya.. ya... saya mengandung jadi jgn byk songel. Disebabkan teruja pakai seluar tu terasa bes, try kat fitting room berkenan terus pakai berjalan-jalan :)
Eh, pegi website dia sebenarnya nak cari gambar jeans di atas tapi 'ter'click pulak promotion dan terjumpa la pulak gambar baju ni:


50% discount ok, jatuh dalam RM40-RM50+. Baju first tu boleh kot pakai ngan inner hitam @ putih, dan baju kedua adalah kaler purple, yeay! Ok, esok kena gi mid valley :)
4 comments:
hehe..stendetla ibu mengandung..misti nak pakai bj cantik2 jugak...ehehe..untung Azury sebab skang dah ada quite a lot of choices of bj mengandung..not like those zaman pregnantkan dania..bj semuanya besar2..dan ala2 makcik2...kan kan?
oh ya... baju zaman pregnant dania mmg ada lagi tapi tak sanggup pakai!
dah beli lom bus? comel ok baju2 nih!
Beli satu tapi bukan gambar2 di atas. Yg purple tu labuh gile. Yg biru tu plak... mcm poyo. hehe.
Post a Comment