Tuesday, August 18, 2009
Oh sofea!!
Sampai klinik, the first thing Dr said was baby jaundice, and the constipation might be the side effect. She asked us to bring sofea to the nearest hospital immediately for blood test. Cuak gila weh! Kitorg pun terus pegi DSH. Sampai sana GP suruh admit ward sebab paediatrician takde kat hospital dan hanya akan dtg check baby yg admitted.
Ok, masing2 dah cuak tahap gaban. Shah muka panik gila. Muka mak sofea ni sure lagi parah.
Tiba2 sofea menangis minta susu. Sambil susukan sofea, meleleh2 air mata sayu gile. Rasa bersalah sangat sebab macam ambil mudah kesihatan anak. Berdoa tak putus mudah2an sofea sihat.
Later nurse datang amik darah. Bila dia cucuk tumit sofea, menjerit2 si kecik tu menangis. Mesti sofea sakit sgt sebab tak pernah tengok dia menangis teruk macam tu.
Then guess what?
Sofea pooped.
Haha, i've never been happier seeing poop in my life. Selesai satu masalah :)
Now, for the blood test. Sofea punya bilirubin reading is 10.2, which according to the GP, was way too high because the normal reading should be 2.6. GP tu called paed named Dr. Ng, nasib baik Dr Ng kata tak payah admit ward, cuma dtg jumpa dia esok.
The next morning, we went to Dr Ng's clinic at kepong. He examined sofea, timbang, picit2, then dia cakap sofea sihat takde masalah. Fuh, lega alhamdulillah dengar dia cakap camtu. Bilirubin reading 10.6 untuk baby adalah ok, kalau lebih 12 baru admit ward. Dia kata 'normal level' yg GP tu cakap (2.6) adalah bacaan utk org dewasa. And in sofea's case, dia kata tak payah risau sebab baby fully breastfeed (yeay!!). Although there was possibility that the hormone in the breastmilk prolonged the jaundice, there was no need to halt breastfeeding.
Kemungkinan besar sofea jaundice sebab dia lama tak berak, so kuning tak boleh keluar dan masuk balik dalam badan. Kenapa sofea sembelit? Hhmm... maybe something that i ate la, so i better be careful after this. Dr Ng kata baby umur 0-3 months, normal bowel movement should be around 5 to 28 nos. per week. Saja nak share info with my readers. Lepas ni apa2 nak gi jumpa Dr Ng terus la. Charge consultation pun murah RM10 je, selalu doktor pakar mahal. Sempat promote Dr Ng ;)
Harap jaundice sofea cepat hilang. Skrg tiap pagi kitorg berjemur kat balcony, shah tak bagi lagi berjemur dalam bilik. Sebab? Dia kata cermin tingkap sekat sinaran uv. Ikut je la, isteri mithali. Walaupun sempat menjawab cermin tingkap tu bukannya ada uv treatment macam spec mata. huhu, ape2 la labu.
Oh btw, berat sofea at 14 days of age is 3.15kg, naik 0.5kg. Hurray for sofea! :)
Friday, August 14, 2009
Syukur
Pertama; Sofea sangat mudah dijaga. Mula2 fikir, mungkin sbb ni anak ke-3 jadi saya dah ada experience, sebab tu rasa senang. Tapi lepas beberapa hari menjaga sofea, memang dia ni jenis baby yg tak banyak ragam dan juga predictable. Asyik tidooooo... bila bangun merengek2 nak susu. Lepas tu sambung tidoooo lagi. Bila berjaga mata dia bulat, tapi senyap tak keluar bunyi. Tangan dengan kaki bergerak ala orang bersilat. Kalau lama dia berjaga tu bermakna dia nak poop. Ataupun nak burp. Itu pun tak nangis, mata je terkebil2.
Kedua; Sofea mudah dilahirkan. Macam yang dah cerita sebelum ni, saya sendiri tak sangka saya akan bersalin secepat dan semudah itu.
Ketiga; dania & nafis sangat sayang kat adik dia. Even nafis yang 'ganas', bila dengan sofea boleh jadi very gentle. "Sayang... sayang..." sambil tepuk badan adik dengan lembut. "Adik kita comel lah mama". Bila sofea menangis, berlari kakak dengan abang nak 'kujuk' (cara dania sebut pujuk). Padahal dania ngan nafis kalau main berdua punyalah kasar, asyik bergaduh. Balik dari sekolah, cari adik dulu. Sebelum ni saya anticipate nafis will have a hard time accepting his baby sis, but suprisingly he responded very well. Waktu mengandung, Shah ngan mak pernah cakap, selalunya anak pertama ngan kedua memang tak ngam, tapi bila dapat yg ketiga, diorang akan sayang adik tu. Betul rupanya teori ni.
Keempat; saya rasa cepat sihat. Mungkin sebab waktu melahirkan takde stiches, hari ke-3 badan dah rasa fit macam sebelum mengandung. Dan mungkin kerana saya fully breastfeeding sofea, dalam masa 12 hari saya hilang 4kg dan sekarang dah kembali kepada berat sblm mengandung. Hebat kuasa Allah. Kalau sblm mengandung jerawat pasir penuh di dahi, skrg ni rasa dahi licin. Dan ada rahmat juga sofea dilahirkan kecil (2.65kg), sebabnya perut saya takde stretchmark dan tak menggeleber.
Bukan niat nak bangga diri. Saya sedar tak semua kurniaan Allah tu kekal.
Cuma saya rasa sangat bersyukur. Rasa macam tak deserve pun ada sebab saya ni hamba yang lalai. Selalu lupakan Dia tapi Dia masih memberi bermacam2 nikmat pada saya.
Hari ini bersungguh2 saya berdoa, Allah permudahkanku beribadah kepadaMu, mencintaiMu, sentiasa ingat kepadaMu, redha menghadapi dugaanMu, syukur menerima nikmatMu.
Semoga dikabulkan, amin.
Ni gambar sofea berjemur pagi tadi.
Sofea masih ada kuning pada hari ke-12. Saya baca dalam buku; breastfeeding prolong jaundice in newborn. Dan cara merawat adalah berhenti menyusu badan untuk sementara (1-2 hari). Dalam kelas laktasi hari tu pulak, Farah cakap breastmilk adalah rawatan semulajadi untuk jaundice.
What say you?
Tuesday, August 11, 2009
Announcing The Arrival of....
Born on 3rd August 2009
First of all, sori sebab lambat update. Boleh pulak keyboard rosak di saat2 genting macam ni, gara2 cik abang nafis minum air anggur sambil main game, langsung tumpah. Bertuah.
Ok, banyak sangat nak cerita ni!It all started last week on monday morning. I went for my scheduled check up with Dr. Z dan kebetulan hari tu, kandungan genap 38 minggu. Lepas hantar anak gi sekolah, terus gi hospital. Ramai plak org, catriona ross pun ada ok (haha, sempat lagi). Tau kena tunggu lama so pegi breakfast dulu. Sedap gile nasi lemak kedai sebelah hospital tu teringat2 sampai skrg.
Masa check up, macam biasa Dr amik blood pressure then buat ultrasound. Baru nak start scan, Dr macam terkejut "Eh, ni contraction ni... awak tak rasa ke?" Ha? Contraction? Lawak la tu. Darah takde, air ketuban tak pecah, boleh ke contraction? Memang boleh rasa perut tegang & keras, tapi tak pulak sakit. Sengal2 bedot je. Bila buat VE, tengok serviks dah buka 4cm. Biar betul??"Saya kena bersalin hari ni ke Dr?" saya bertanya dengan tak yakinnya. Dan Dr terus jawab, "YA! Petang ni awak bersalin."
For real?
Tiba2 saya menangis. Emotional sangat. I had been waiting for this moment for sooo long, and when it finally arrived... i was so not ready! In an hour i was supposed to attend a discussion with prasarana at bangsar, dengan kerja kat ofis bertimbun tak settle lagi, projek yg nak tendernya bq pun belum finalised... aaaa!!! Totally freaked out!
Dr suruh admit ward immediately but i knew i couldn't give birth in peace without properly handing over the outstanding works to my colleague. So minta izin Dr pegi ofis sekejap, nasib baik dia bagi. Keluar bilik Dr air mata meleleh, call shah, gi ofis, bla bla bla, then tengahari gi hospital semula.
Shah was by my side the whole time lending me all the support i needed; holding my hands, baca doa, suapkan air, bagi kata2 semangat, on aircond, off aircond (bilik tak sejuk pun tapi badan menggeletar). He's my source of strength. Sayang abang :)
Ok, about half an hour later, dah boleh rasa nak teran. Nurse check bukaan dah 8cm, haa baru la menggelabah panggil Dr, setting katil, pastu asyik suruh orang jangan teran, "Tahan dik, tahan... jangan macam ni!" Ches... ingat orang boleh kontrol ke? Agaknya dia pun tak sangka cepat sangat nak bersalin. Bila Dr sampai, sekali push dan pada pukul 2.43ptg... Nursofea selamat dilahirkan. Kuat suara dia menangis, mata bulat!
Secara keseluruhannya, pengalaman bersalin kali ni adalah amat membahagiakan :) And i repeat, secara keseluruhan... sebab tipu la kalau tengah contraction tu pun bahagia jugak, gilo apo?? Syukur sangat sebab Allah permudahkan proses bersalin. Stiches pun takde. Kalau macam ni anak 10 pun i sanggup! Hehe, ye ke? Takdela gurau je :p
To be continued...
Sunday, August 2, 2009
Menghitung hari...
Latest update:
- Spectra3 dah beli, dengan keizinan suami... yeay! :) Taktik hebat yg digunakan adalah seperti berikut: "Awak... katalah saya dapat jual pam saya sekarang, boleh tak saya beli pam baru?" (Haha, at least dia tak boleh argue pasal duit.) Tapi seperti yang dijangka, terkena juga la tembakan sedas dua, walaupun puas berusaha buat muka kesian *sabar azury, sabar* But it was a happy ending bila akhirnya, dia dengan REDHA menyuruh saya beli pam baru. Rasa seperti terbang ke awan :) Duit pun terbang RM402.01. Redha jugak. Pelaburan untuk masa hadapan kan?
- Perut semakin membesar, juga keras dan tegang. Baby pun dah tak seaktif dulu. Malam tidur tak lena, pukul 2 pagi mesti terjaga, mata bulat terkebil2. Langsung bangun tengok tv sampai pagi. (bukan nak solat tahajud eh?) Kesannya, mengantuk tahap gaban kat ofis. Mesti kena tido jap dalam 1/2 jam, lepas tu baru boleh buat kerja.
- Dah masuk anak ke-3 ni, boleh rasa badan dah tak kuat seperti dulu . Semalam ronda2 kat One Utama... Dania asyik suruh jalan cepat. Tension dia, macam jalan dengan kura2 eh sayang? Mama jalan laju je perut mama sakit. Kesian la, mama dah tua. Masuk 3rd trimester ni lagi cepat penat & mengantuk.
- Last week pegi lactation class kat Sara Kids. Saja pegi suka2, kot la ada benda baru boleh belajar. Yelah, kan sebelum ni dah pernah bf dua orang anak? (wah eksyen gitu!) It turned out, rupa2nya BANYAK sangat yang saya tak tau pasal breastfeeding, dalam hati asyik mengeluh kenapalah saya tak tau pasal kelas penyusuan ni waktu mengandung dania ngan nafis dulu? Kaunselor laktasi hari tu ada dua orang, Farah & Sue. Memang bes diorang ni, passionate sangat pasal exclusive bf, very knowledgable & experienced in handling bf cases. Saya bagi markah 10/10, sangat puas hati. So kenapa semua ibu2 di luar sana, saya sarankan pegi la kelas penyusuan supaya kita tahu cara penyusuan yang betul, cara nak tackle masalah semasa penyusuan, dan yang paling penting, bagi kita faham betapa pentingnya exclusive breastfeeding. Ni promote ikhlas ye, tak dapat komisyen pun :)
Hopefully, the title of my next post will be: The Arrival :)
* Berdebar *
Obstetric Cholestasis
Antara simptom utama OC adalah:
- Kegatalan, biasanya berlaku di tangan dan kaki, TAPAK TANGAN dan TAPAK KAKI, without presence of a rash.
- Kegatalan menjadi2 di waktu malam.
- Itching that does not respond favorably to anti-histamine or other anti-itch remedies.
- Susah tidur (ye lah dah asyik menggaru)
Esoknya jumpa doktor, dia dgn tenangnya cakap selagi baby's movement dalam perut ok (10 movement in 12 hours), tak perlu risau. So kena alert dan cepat2 gi check kalau baby tak bergerak.
Lega sket. Sebab bila fikir, Dania ngan Nafis lahir dulu ok je. Well, as long as my baby is healthy, i'm fine. Takat gatal2 ni, mama tahan aje la :)