Friday, August 14, 2009

Syukur

Melahirkan Nursofea sememangnya adalah satu rahmat kerana Allah permudahkan banyak perkara untuk saya.

Pertama; Sofea sangat mudah dijaga. Mula2 fikir, mungkin sbb ni anak ke-3 jadi saya dah ada experience, sebab tu rasa senang. Tapi lepas beberapa hari menjaga sofea, memang dia ni jenis baby yg tak banyak ragam dan juga predictable. Asyik tidooooo... bila bangun merengek2 nak susu. Lepas tu sambung tidoooo lagi. Bila berjaga mata dia bulat, tapi senyap tak keluar bunyi. Tangan dengan kaki bergerak ala orang bersilat. Kalau lama dia berjaga tu bermakna dia nak poop. Ataupun nak burp. Itu pun tak nangis, mata je terkebil2.

Kedua; Sofea mudah dilahirkan. Macam yang dah cerita sebelum ni, saya sendiri tak sangka saya akan bersalin secepat dan semudah itu.

Ketiga; dania & nafis sangat sayang kat adik dia. Even nafis yang 'ganas', bila dengan sofea boleh jadi very gentle. "Sayang... sayang..." sambil tepuk badan adik dengan lembut. "Adik kita comel lah mama". Bila sofea menangis, berlari kakak dengan abang nak 'kujuk' (cara dania sebut pujuk). Padahal dania ngan nafis kalau main berdua punyalah kasar, asyik bergaduh. Balik dari sekolah, cari adik dulu. Sebelum ni saya anticipate nafis will have a hard time accepting his baby sis, but suprisingly he responded very well. Waktu mengandung, Shah ngan mak pernah cakap, selalunya anak pertama ngan kedua memang tak ngam, tapi bila dapat yg ketiga, diorang akan sayang adik tu. Betul rupanya teori ni.



Keempat; saya rasa cepat sihat. Mungkin sebab waktu melahirkan takde stiches, hari ke-3 badan dah rasa fit macam sebelum mengandung. Dan mungkin kerana saya fully breastfeeding sofea, dalam masa 12 hari saya hilang 4kg dan sekarang dah kembali kepada berat sblm mengandung. Hebat kuasa Allah. Kalau sblm mengandung jerawat pasir penuh di dahi, skrg ni rasa dahi licin. Dan ada rahmat juga sofea dilahirkan kecil (2.65kg), sebabnya perut saya takde stretchmark dan tak menggeleber.

Bukan niat nak bangga diri. Saya sedar tak semua kurniaan Allah tu kekal.

Cuma saya rasa sangat bersyukur. Rasa macam tak deserve pun ada sebab saya ni hamba yang lalai. Selalu lupakan Dia tapi Dia masih memberi bermacam2 nikmat pada saya.

Hari ini bersungguh2 saya berdoa, Allah permudahkanku beribadah kepadaMu, mencintaiMu, sentiasa ingat kepadaMu, redha menghadapi dugaanMu, syukur menerima nikmatMu.

Semoga dikabulkan, amin.

********************

Ni gambar sofea berjemur pagi tadi.

Sunbathing

Panas la mama!

Nak tanya pendapat korang.

Sofea masih ada kuning pada hari ke-12. Saya baca dalam buku; breastfeeding prolong jaundice in newborn. Dan cara merawat adalah berhenti menyusu badan untuk sementara (1-2 hari). Dalam kelas laktasi hari tu pulak, Farah cakap breastmilk adalah rawatan semulajadi untuk jaundice.

What say you?

13 comments:

JaNnAh said...

Azury, last time masa nawfal kecik² pesanan yg kita dapat adalah, jangan kasi baby sentiasa tidur kalau ada kuning, selalulah kejutkan dia dan susukan.. breast milk ubat terbaik utk anak, insya Allah.. so, kejutkan sofea, jgn byk tidur..

Azury said...

Haa.. betul la tu kot, sebab sofea suka sgt tido. Thanks for the tips!

napish said...

doc selalu advice BF baby if ada jaundice..tp if masa ni ada amik jamu, stop dulu..jamu yg biasanya sebabkan dia kuning..bila dah ok br sambung balik makan jamu..

uja said...

izah teruskan aje bf.Pasal tips susu kambing, ada pula dgr org kata patutnya ibu yg minum(kalau bf) bukan baby. tapi izah tak pernah try minum susu kambing tu. kot2 zury nak try..

nak nangis je bila baca tade stretchmarks ngn perut menggeleber tu.. nak jugak!!

Azury said...

Noori, aku tak amik jamu. Tapi kalau Dr advice bf kalau baby ada jaundice, lagi aku suka.

Izah, kita pernah dgr jugak pasal tips susu kambing. Tapi ingat baby yg kena minum, hehe. Eh, jgn la nangis. Kita takde stretchmarks kat perut tapi ada di tempat lain yg dirahsiakan :p

Tadi sambung baca buku pasal baby. Rupanya baby yg kekurangan susu pun boleh jadi kuning. Betul la cakap jannah, sofea asyik tido sbb tu kurang susu = jaundice. Esp mlm bila mamanya ni pun tido tak sedarkan diri, mahu 3-4 jam baby tido tanpa menyusu.

Ish ish ape la mama ni!

asmasalleh said...

btul btul.. baby kalau suke sgt tido.. kurang minum susu mmg bleh jaundice..

aisyah said...

AAH... sokong semua. jgn berenti minum susu. bf adalah terbaik utk baby.

Zuraimah Ismail said...

Salam,

Lama tak masuk blog awak. Tau-tau dah bersalin 3rd child...Congrats dear.....

On jaundice tu..continue je BF...tak perlu stop....mmg kene lagi byk BF actually. Kadang2 mmg nampak bila BF makin jaundice but actually it help d bb to recover..

all d best ya...n happy pantang...:)

nway...macih on ur comment pasal maid tu...tgh berdebar tunggu hari esok ni....bleh? ehehehe

fathiyatul said...

kalau nak ilang jaundice cepat, baby kene byk poo & kencing. hence, kerap2kan lah dia menyusu. iAllah kalau ada jaundice pun sikit2 je & cepat hilang =)

baby saya dulu 2 minggu jaundice (low level) tapi Alhamdulillah tak perlu amik darah sume. bykkan menyusu & sunbathing.

-http://laydida.vox.com

Liz said...

jaundice akan buat baby rasa ngantuk. nmpk mcm nak tido je. so kita kena rajin kejutkan anak utk minum susu sbb susu ibu tu berupaya utk buang bilirubin dlm darah anak. tp susah kan nak kejut anak yg asyik tido je? hehe.. bgn kejap, minum kejap, sambung tido. ish.

org kata susu kambing tu elok tp susu ibu la plg elok sebenarnya. plus, susu kambing ni panas. jgn bg kat anak. sesudu teh pun boleh buat baby demam kalau anak x tahan. kalau nak juga bg, biar la mak dia yg minum.

anak sy prolonged jaundice. sebulan pun kuning x hilang2 sampai rujuk ke pakar. tp sy x risau sbb anak sy menyusu badan dan result darah dia x menunjukkan hati dia bermasalah ke ape. salah satu cara nak monitor samada hati anak ok ke tak ialah melalui warna air kencing dan najis. najis anak x sepatutnya warna mcm grey tanah liat.

areniece said...

Azury..anak kita Nayn masa lahir pun jaundice tp kita wat cemane tau..setiap sejam kejut dia dan paksa BF...dan dia byk berak...dan tak lama pastuh dia sehat...Alhamdulillah...

anon suria said...

jelesnyer...orang lain dah beranak pinak. bila lah turn akak yer..doa kan ek!

azury..ayuni dulu prolonged joundice sbb dia lahir awal 2 minggu dari tarikh due.(salah satu sbb yang Dr cakaplah..). just continue BF. akak bagi gak ayuni susu kambing tapi macam tak jalan lak..ayuni was 21 days on kuning and sgt tinggi bilirubin.2 hari sekali kena ambik darah. dia kena dok bawah uv light. hope your baby will recover soon.

JaNnAh said...

azury, cam mane sofea?