Latest update:
- Spectra3 dah beli, dengan keizinan suami... yeay! :) Taktik hebat yg digunakan adalah seperti berikut: "Awak... katalah saya dapat jual pam saya sekarang, boleh tak saya beli pam baru?" (Haha, at least dia tak boleh argue pasal duit.) Tapi seperti yang dijangka, terkena juga la tembakan sedas dua, walaupun puas berusaha buat muka kesian *sabar azury, sabar* But it was a happy ending bila akhirnya, dia dengan REDHA menyuruh saya beli pam baru. Rasa seperti terbang ke awan :) Duit pun terbang RM402.01. Redha jugak. Pelaburan untuk masa hadapan kan?
- Perut semakin membesar, juga keras dan tegang. Baby pun dah tak seaktif dulu. Malam tidur tak lena, pukul 2 pagi mesti terjaga, mata bulat terkebil2. Langsung bangun tengok tv sampai pagi. (bukan nak solat tahajud eh?) Kesannya, mengantuk tahap gaban kat ofis. Mesti kena tido jap dalam 1/2 jam, lepas tu baru boleh buat kerja.
- Dah masuk anak ke-3 ni, boleh rasa badan dah tak kuat seperti dulu . Semalam ronda2 kat One Utama... Dania asyik suruh jalan cepat. Tension dia, macam jalan dengan kura2 eh sayang? Mama jalan laju je perut mama sakit. Kesian la, mama dah tua. Masuk 3rd trimester ni lagi cepat penat & mengantuk.
- Last week pegi lactation class kat Sara Kids. Saja pegi suka2, kot la ada benda baru boleh belajar. Yelah, kan sebelum ni dah pernah bf dua orang anak? (wah eksyen gitu!) It turned out, rupa2nya BANYAK sangat yang saya tak tau pasal breastfeeding, dalam hati asyik mengeluh kenapalah saya tak tau pasal kelas penyusuan ni waktu mengandung dania ngan nafis dulu? Kaunselor laktasi hari tu ada dua orang, Farah & Sue. Memang bes diorang ni, passionate sangat pasal exclusive bf, very knowledgable & experienced in handling bf cases. Saya bagi markah 10/10, sangat puas hati. So kenapa semua ibu2 di luar sana, saya sarankan pegi la kelas penyusuan supaya kita tahu cara penyusuan yang betul, cara nak tackle masalah semasa penyusuan, dan yang paling penting, bagi kita faham betapa pentingnya exclusive breastfeeding. Ni promote ikhlas ye, tak dapat komisyen pun :)
Hopefully, the title of my next post will be: The Arrival :)
* Berdebar *
6 comments:
i'll be praying for u.. moga semua selamat, insyaallah.. after all.. dah no 3 kan.. hihihihi..
good luck babe :) can't wait to tgk lil baby..anyway hospital mana? Naluri ke?
salam kenai...i pon berdebar..dh masuk 39 minggu ..all the best to us..mmg toi..masuk anak no-3 badan tak sekuat dulu..doktor pon kata gitu..
semoga semuanya selamat
hopefully everything will be ok.. berdoa banyak2..
salam..
kak azury,ingat nadia lagi x?
tak sangka jumpe kt cni ;p
semoga selamat+sihat+berjalan lancar semuanya,k!
p/s: kak azury dh nk masuk 3 dh..nadia baru sorg! =)
Post a Comment